Khamis, 30 Julai 2009


Sunday, November 23, 2008
TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN-SIRINGAN

Ranau-Kg.Karanaan : Ahli Parlimen P.179 Ranau YB.Datuk Siringan Gubat mengucapkan terima kasih kepada seluruh penduduk Ranau terutama di kawasan Peti Unti Sk.Keranaan kerana sokongan yang padu pada Pilihanraya Umum kali ke-12.

Beliau berkata bahawa sokongan padu oleh Rakyat Ranau kepada BN pada Pilihanraya lepas merupakan bukti bahawa rakyat Ranau masih mahukan BN menarajui kepimpinan Negara untuk terus melaksanakan program pembangunan terutama kepada penduduk luar bandar yang masih dahagakan pembangunan.

Ahli Parlimen Ranau menyatakan bahawa pembangunan infranstruktur terutama jalan raya merupakan agenda utama beliau sebagai wakil rakyat di kawasan ini kerana dengan adanya kemudahan jalanraya maka ini boleh membantu penduduk di sekitar kawasan ini untuk meningkatkan hasil-hasil pertanian yang menjadi produk utama peduduk di sekitar kampung ini.Produk tembakau,Kopi Tanah Tinggi,sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan merupakan hasil pertanian utama di sekitar kampung ini.

Turut sama dalam Majlis Pemimpin Bersama Rayat ini ialah YB.Datuk Hj.Masidi Manjun,Menteri Pelancongan,kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah juga ADUN N.30 Keranaan.Beliau juga Menegaskan kepada seluruh petani di kawasan ini agar mempertingkatkan usaha untuk menaikkan hasil pertanian.

Dalam ucapannya beliau menegaskan bahawa rakyat tidak perlu kuatir dan terpedaya dengan berita-berita angin dan dakyah dari parti pembangkang yang sentiasa mengembar-gemburkan suasana politik yang tidak sihat.Beliau menegaskan bahawa kerajaan BN yang memerintah sekarang ini merupakan Kerajaan yang kukuh dan stabil.Kerjasama dari Parti-parti komponon BN pada masa kini mempunyi satu kerjasama yang padu dan sentiasa mengamalkan semangat setia kawan yang begitu erat dalam melaksanakan pentadbiran negara dan melaksanakan program pembangunan Negara.

Kedua-duan YB ini menjelaskan kepada penduduk di sekitar kampung ini,bahawa usaha-usaha pelaksanaan pembangunan terutama jalan raya utama mahupun jalan-jalan kecil di sekitar kampung ini telahpun diutarakan kepada JKR dan Kerajaan Perseketuan.Proses kelulusan dan perlaksanaannya akan terus dipantau dari setiap masa ke semasa.Kedua-dua YB ini juga mengharapkan para penduduk supaya bersabar dan terus memberi sokongan yang padu kepada Kerajaan BN.
Dicatat oleh Pejabat Perhubungan Parlimen di 6:12 AM
KENAPA AKU DIUJI???
aSSaLAMualAiKUm wbT~

KENAPA AKU DIUJI

QURAN MENJAWAB :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAMKAN

QURAN MENJAWAB :
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB :
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

KENAPA RASA FRUSTASI?

QURAN MENJAWAB :
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
(Surah Al-Imran ayat 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB :
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(Surah Al-Baqarah ayat : 45)

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB :
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... "
(Surah At-Taubah ayat : 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah ayat 129)

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB :
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
(Surah Yusuf ayat 12)

rEnuNGkan LAh BerSAma Di blog UmI

PERCAKAPAN DARI “4 BATANG LILIN



Ada 4 lilin yang menyala,
Sedikit demi sedikit habis meleleh.
Suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka
Yang pertama berkata: “Aku adalah Damai. Namun manusia tak mampu menjagaku: maka lebih baik aku mematikan diriku saja!”
Demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin padam.

Yang kedua berkata: “Aku adalah Iman. Sayang aku tak berguna lagi. Manusia tak mau mengenalku, untuk itulah tak ada gunanya aku tetap menyala.”
Begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya.

Dengan sedih giliran Lilin ketiga bicara:”Aku adalah Cinta. Tak mampu lagi aku untuk tetap menyala. Manusia tidak lagi memandang dan mengganggapku berguna.”
“Mereka saling membenci, bahkan membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarganya.”
Tanpa menunggu waktu lama, maka matilah Lilin ketiga.

Tanpa terduga…
Seorang anak saat itu masuk ke dalam kamar, dan melihat ketiga Lilin telah padam.
Karena takut akan kegelapan itu, ia berkata: “Ekh apa yang terjadi?? Kalian harus tetap menyala, Aku takut akan kegelapan!”
Lalu ia mengangis tersedu-sedu.

Lalu dengan terharu Lilin keempat berkata:
“Jangan takut,
Janganlah menangis,
selama aku masih ada dan menyala, kita tetap dapat selalu menyalakan ketiga Lilin lainnya”
” Akulah H A R A P A N “
Dengan mata bersinar, sang anak mengambil Lilin Harapan, lalu menyalakan kembali ketiga lilin lainnya.
Apa yang tidak pernah mati hanyalah H A R A P A N.
yang ada dalam hati kita….dan masing-masing kita semoga dapat menjadi alat, seperti sang anak tersebut, yang dalam situasi apapun mampu menghidupkan kembali Iman, Damai, Cinta dengan HARAPAN-nya!

Tuesday, August 5, 2008

Lawatan Khidmat Masyarakat Ke Kg.Karanaan, Ranau ,Sabah.

Booth Biomedic yang mendapat sambutan hangat drp
penduduk kg Keranaan, mcm squad bergerak Radio Era..huhu
Bergambar kenangan bersama geng2 van 7 di jambatan Tamparuli konkrit



Pemandangan gunung Kinabalu di Kundasang, berhadapan dengan tpt penginapan kami di Cottage Hotel.
Dinner di Kundasang
Wajah-wajah ceria dan cute sebahagian anak-anak Kg Keranaan, Sabah.
Salah seorang peserta Biomedic yang tidak tahan dengan alunan muzik sabah telah naik " sheih " dgn menggayakan tarian sumazau sabah..Khaakhaa..ha

A self portrait of me, izam and Abg Driver Van no.7
Haa...yg nie sape2 tk thu mesti tertanya2 sape dia.Dia bukan ketua kg Keranaan, tp public speakingnya mengalahkan MP ( Ahli parlimen ).Nak dipendekkan cerita, ada sumber bg thu dlu dia ada bertanding wakil rakyat kt ranau, tp dia kalah tiga undi je.Tu yang dia bercakap mcm wakil rakyat tu.Misi dia klu dia menang dia nk beli helikopter utk penduduk kampungnya...selamat berjaya bah!! ( yg suka dok layan Bekas ADUN kalah 3 undi nie ialah si Izam dan Sham @ H , apa detail tnya lah dioarg tuh )

Photo call kumpulan Biomedic.Minah Salleh tuh aku tk thu sape lah..
Ini jalan utama menuju ke Kg Keranaan


Kucing Sabah yg sedang lena depan booth Biomedic..


Hmm...yg nie kena tnya Lan sendiri apa dia buat kt Sg.Kenipir tuh.Kata budak-budak Kg.Keranaan apabila ditanya soalan kuiz apa nama sungai terpanjang, diaorang jawab sungai inilah, Sg.Kenipir...entahlah..

Perjalanan drp Pekan Kundasang ke Ranau ambil masa 2jam 30min, dan drp simpang Ranau ke Kg. Keranaan mengambil masa 2jam 30 melalui jalan yg berbukit dan berbatu.Perjalanannya sungguh mencabar dan meletihkan ttp seronok.

Rabu, 29 Julai 2009

ARKIB : 30/08/2008 (Utusan Malaysia)

Pengalaman berharga kepada sukarelawan

RANAU 29 Ogos - Berkampung di kawasan pedalaman lebih 20 hari menjadi suatu pengalaman berharga kepada para sukarelawan Raleigh International Malaysia (Raleigh) yang datang daripada pelbagai negara.

Walaupun berhadapan dengan penduduk yang tidak mahir berbahasa Inggeris tetapi melalui bantuan jurubahasa serta sikap ramah masyarakat pedalaman menjadikan mereka berasa tidak asing tinggal di Kampung Keranaan.

Pengarah Negara Raleigh, James Clemets, 29, berkata, meskipun berhadapan dengan kekurangan kemudahan, namun semangat tinggi semua sukarelawan itu amat membanggakan.

Menurut beliau, sukarelawan tersebut yang datang dari pelbagai negara seperti United Kingdom, New Zealand dan Amerika Syarikat itu begitu teruja kerana berpeluang menyertai program kemasyarakatan seperti itu.

"Pembinaan tadika ini adalah sebahagian program tahunan kami bagi membantu masyarakat khususnya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.

"Kejayaan menyiapkan pembinaan dalam masa 19 hari berbanding sembilan minggu jangkaan amat mengagumkan walaupun timbul sedikit masalah komunikasi," katanya.

Menurut Clemets, sebelum sukarelawan Raleigh ini tiba di kampung tersebut, penduduk telah memulakan kerja-kerja awal seperti membersihkan tapak projek membina tadika.

Seorang sukarelawan, Alex Cameron, 29, dari London berkata, kemesraan penduduk menerima kumpulan mereka suatu pengalaman manis yang sukar dilupakan.

Katanya, masa yang dirasakan terlalu singkat berada di Sabah tidak disia-siakan, kerana beliau sempat belajar memasak bubur ayam ala Malaysia.

"Saya tidak sabar untuk menunjukkan apa yang saya pelajari di kampung ini kepada keluarga dan rakan saya apabila balik nanti.

"Saya sungguh bertuah kerana dapat mengenali budaya orang kampung di sini walaupun terdapat masalah komunikasi dengan mereka," katanya.

Sementara itu, Dr. Felicity Werrett, 27, dari Newcastle berkata, antara pengalaman mengagumkan ialah layanan mesra penduduk kampung serta kesabaran mereka memberi tunjuk ajar membina projek tadika itu.

"Saya dan para sukarelawan lain kurang mahir dalam pertukangan, apa lagi membina bangunan tadika, tetapi sokongan dan kerjasama baik masyarakat di sini, akhirnya apa yang kami usahakan membuahkan hasil," katanya.

Peserta sukarelawan yang satu-satunya warga Malaysia, Tham Li Vyen, 25, berkata, dia melihat masyarakat di kawasan pedalaman itu saling bersatu padu dalam menjayakan sesuatu aktiviti meskipun menjalani kehidupan secara sederhana.

"Banyak yang saya dapat pelajari setelah beberapa minggu di sini iaitu bagaimana pentingnya berkerjasama menjayakan sesuatu kerja," katanya.

Beliau berkata, perkara yang paling menyeronokan di sini ialah peluang tinggal dalam suasana persekitaran yang hijau dengan berlatar belakang Gunung Kinabalu serta menghirup udara nyaman dan bersih.

ARKIB : 30/08/2008

Keranaan dapat tadika


tengku Marina (bertudung enam dari kiri) bersama kanak-kanak, kakitangan Nestle dan sukarelawan Raleigh International di tadika Kampung Keranaan, Ranau, semalam.


RANAU 29 Ogos – Kampung Keranaan adalah sebuah kampung yang jauh terpencil di pedalaman.

Terletak sejauh 39 kilometer dari bandar Ranau, kampung ini hanya dihubungkan oleh jalan tanah merah yang tidak berturap.

Tidak sekadar itu, keadaan jalan yang serba daif khususnya semasa hujan serta terpaksa melalui kawasan berbukit-bukau dan jalam curam menyebabkan perjalanan untuk tiba di kampung tersebut mengambil masa hampir dua jam menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Bagaimanapun kehadiran sebuah syarikat korporat, Kumpulan Nestle Berhad (Nestle) dan sebuah pertubuhan sukarela, Raleigh International Malaysia (Raleigh) menceriakan penduduk Kampung Keranaan yang begitu dahagakan perhatian.

Selepas sekian lama menunggu, lebih 700 penduduk kampung itu kini menarik nafas lega apabila kedua-dua badan tersebut menyumbang dana dan tenaga membina sebuah tadika sebagai pusat kemudahan pendidikan awal kanak-kanak.

Pembinaan tadika itu membolehkan hampir 40 kanak-kanak di situ mengikuti pembelajaran awal dengan lebih selesa dan sempurna memandangkan sebelum ini, bangunan yang diguna dalam keadaan daif dan perlukan pembaikan.

Pembinaan tadika itu bermula pada 1 Ogos lalu membabitkan 12 sukarelawan Raleigh dengan dibantu oleh penduduk kampung. Tadika itu berjaya disiapkan dalam tempoh 19 hari.

Pengurus Hal Ehwal Korporat Nestle, Tengku Marina Tunku Annuar Badlishah berkata, projek tadika berkenaan sejajar dengan falsafah korporat syarikat itu yang berusaha membantu membangunkan masyarakat yang memerlukan khususnya di kawasan pedalaman.

“Misi ini juga adalah untuk merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat selain memberi kesedaran mengenai pentingnya pendidikan bagi meningkatkan kualiti kehidupan pada masa depan,” katanya pada majlis perasmian bangunan tadika itu, baru-baru ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Amisah Yassin.

Tengku Marina memberitahu, Nestle telah menaja keseluruhan pembiayaan bernilai RM35,000 termasuk bahan pembelajaran tadika itu.

Sementara itu, Ketua Kampung Keranaan, Munsir Sain, 63, berkata, penduduk kampung amat berterima kasih di atas sumbangan syarikat swasta dan pertubuhan sukarela bagi menyediakan kemudahan pendidikan kepada kanak-kanak di kampung itu.

Katanya, sebelum ini bangunan tadika sedia ada di kampung itu amat kecil dan hanya boleh menampung antara 10 hingga 20 pelajar sahaja, tetapi dengan adanya tadika baru itu boleh menampung sehingga 40 orang.

“Saya amat gembira dengan pembukaan tadika ini, hari ini adalah hari bersejarah kepada kami dan juga hari istimewa kerana dengan adanya tadika yang lebih besar dan dapat menampung bukan hanya kanak-kanak di kampung ini tetapi kampung berdekatan,” katanya.

INTRODUCING OUR PROJECT TEAMS & SITES

TEAM: ALPHA 1


Alex Cameron (above)

Flick Werret - Medic (above)

Project: Kindergarten Construction, Kg Keranaan, Ranau District
Project Managers: Felicity Werret (Flick), Alex Cameron

Kg Keranaan is a small community consisting of about 60 households approximately 40 minutes drive from Ranau. The community have a very active primary school catering to over 60 pupils. Although the kampong already has a Kindergarten which has been running for over 20 years it isn’t adequate for the number of children who attend on a daily basis.

Our project is to construct a new building 30ft by 40ft for the community which will accommodate their growing numbers. The project is sponsored by Nestle and we will be working with the local community as well as a parliamentary representative. KEMAS, a semi government organisation, will then continue to ensure the facility is maintained, including providing trained teachers from the local community.

The community survive by subsistence farming mainly tobacco but also rubber tapping and other produce to earn a small income. The team will live in the community hall and will be fully immersed in the Kadazan Dusun way of life, having the opportunity to see and experience life in a rural village at first hand.



KOTA KINABALU, 14 Okt (Bernama) -- Ranau kini mempunyai produk kopinya sendiri, komoditi yang berpotensi mencatat pulangan harga yang tinggi, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun.

Masidi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Karanaan, berkata kopi itu yang kini hanya dikenali sebagai Kopi Karanaan, didapati mempunyai kualiti dan aroma yang lebih baik kerana ia ditanam di kawasan tanah tinggi.

"Semasa bekerja di sektor swasta, saya difahamkan bahawa kopi terbaik adalah dari Ethiopia dan Colombia kerana ia ditanam di kawasan iklim sejuk.

"Saya terfikir Karanaan juga mempunyai iklim sejuk dan mungkin petani di situ boleh mencuba menanam kopi bagi menggantikan koko yang biasa ditanam," katanya kepada Bernama.

Masidi berkata beliau yang merealisasikan ideanya itu kira-kira empat tahun lepas kepada petani di Kampung Karanaan, Ranau, dengan bantuan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Negeri, yang membekalkan pot-pot kopi, mendapati projek itu membuahkan hasil.

Menerusi 60 petani yang menanam kopi secara percubaan di lot-lot tanah sendiri dan mengutip hasil menggunakan tangan, mereka kini menjual biji kopi pada harga antara RM10 dan RM13 sekilogram di pasar Ranau.

"RM10 hingga RM13 sekilo merupakan harga yang agak tinggi, dan agak menghairankan kerana tidak putus-putus pelanggan yang mahu membeli kopi berkenaan," katanya.

Masidi yakin jualan kopi mampu mencatat keuntungan dan meningkatkan taraf hidup penduduk Ranau.

"Saya menggalakkan petani terlibat dalam penanaman kopi, bukan sahaja di Ranau, malah sesiapa sahaja yang mendiami kawasan tanah tinggi boleh merebut peluang itu.

"Apabila konsortium petani diwujudkan, produk ini boleh dipakej dan dijual secara besar-besaran," katanya.



-- BERNAMA
Copyright © 2009 BERNAMA. All rights reserved.

Isnin, 27 Julai 2009

Karanaan Motor Challange 2x2 2009

25Julai 2009 (Kg.Karanaan)-Kelab K'motor karanaan telah mengadakan pertandingan Karanaan motor Challange 2x2 2009 yang telah diadakan di Tapak Taman Rekreasi.Pertandingan tersebut telah mendapat sambutan penyertaan dari kampung-kampung sekitar.Pertandingan tersebut telah menyaksikan peserta mewakili Kg.Pulutan Muhidin serta pembantunya Zainal mendapat tempat yang pertama. Tempat ke-2 di sandang Pasangan Hamzah Azmi dan ruhatin Duari manakala pemenang tempat ke-3 di sandang peserta dari kg.Sumalang, Firdaus
Ruhimin. Hamzah Azmi dipilih sebagai pemandu terbaik,Shamsuri Jahamin Pemandu Sensasi .


Gambar Suasana Karanaan Motor Challange 2x2 2009