Isnin, 14 September 2009

Majlis Berbuka Puasa Bersama Masyarakat Kg.Piasau,Karanaan

12 Sept 2009(sabtu)-Satu majlis berbuka puasa anjuran komuniti Bestari kg.karanaan dengan kerjasama masyarakat kg.piasau telah di adakan di BalaiRaya Kg.Piasau.Majlis tersebut merupakan acara pengisian bulan ramadhan di samping mengeratkan ukhwah diantara masyarakat Kg.Karanaan dengan masyarakat Kg.Piasau.Majlis tersebut turut dihadiri oleh En.Jupirin Hj.Rohimin, Rusdin Riman,Raipin Aking serta lebih 20 belia dari kg.karanaan dan masyarakat kg.Piasau.

Menantikan tibanya masa berbuka






Bersama-sama berbuka puasa




Beramah mesra sementara menantikan solat isyak & tarawih



Menjamu selera selepas selesai solat tarawih




.

www.karanaan.com

Atas sumbangan beberapa orang warga Kg Karanaan, domain dan hosting www.karanaan.com telah berjaya didaftarkan.

Pada masa akan datang, laman web yang sedang dalam perancangan ini diharap akan menjadi pusat sehenti maklumat elektronik bagi Kampung Keranaan untuk mempromosikan Kampung Karanaan di alam maya.

Entri laman web ini masih lagi dalam perancangan, dan semua warga Keranaan adalah dialu-alukan untuk memberi sumbangan idea bagi membolehkan kita menerbitkan satu laman web yang bukan sahaja menarik dari segi design tetapi mempunyai pelbagai informasi mengenai kampung kita.

Sebarang idea mengenai laman web ini bolehlah dihantar kepada R.fauriz@yahoo.com.

Khamis, 20 Ogos 2009



AHLAN YA RAMADHAN


Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah
Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengajakan,
semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA ( Juberin Samidin)

Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) Sk Karanaan





























Tarikh : 19.08.2009 (Rabu)

Tempat : BalaiRaya & Padang Kg.Karanaan

Penganjur : Sk.Karanaan & Pibg

Acara :
1.Gotong Royong

2.Sukaneka

3.Koir Patriotik Ibubapa dan Murid

4.Pakaian Traditional

5.Pertandingan mewarna Kanak-kanak

Khamis, 30 Julai 2009


Sunday, November 23, 2008
TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN-SIRINGAN

Ranau-Kg.Karanaan : Ahli Parlimen P.179 Ranau YB.Datuk Siringan Gubat mengucapkan terima kasih kepada seluruh penduduk Ranau terutama di kawasan Peti Unti Sk.Keranaan kerana sokongan yang padu pada Pilihanraya Umum kali ke-12.

Beliau berkata bahawa sokongan padu oleh Rakyat Ranau kepada BN pada Pilihanraya lepas merupakan bukti bahawa rakyat Ranau masih mahukan BN menarajui kepimpinan Negara untuk terus melaksanakan program pembangunan terutama kepada penduduk luar bandar yang masih dahagakan pembangunan.

Ahli Parlimen Ranau menyatakan bahawa pembangunan infranstruktur terutama jalan raya merupakan agenda utama beliau sebagai wakil rakyat di kawasan ini kerana dengan adanya kemudahan jalanraya maka ini boleh membantu penduduk di sekitar kawasan ini untuk meningkatkan hasil-hasil pertanian yang menjadi produk utama peduduk di sekitar kampung ini.Produk tembakau,Kopi Tanah Tinggi,sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan merupakan hasil pertanian utama di sekitar kampung ini.

Turut sama dalam Majlis Pemimpin Bersama Rayat ini ialah YB.Datuk Hj.Masidi Manjun,Menteri Pelancongan,kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah juga ADUN N.30 Keranaan.Beliau juga Menegaskan kepada seluruh petani di kawasan ini agar mempertingkatkan usaha untuk menaikkan hasil pertanian.

Dalam ucapannya beliau menegaskan bahawa rakyat tidak perlu kuatir dan terpedaya dengan berita-berita angin dan dakyah dari parti pembangkang yang sentiasa mengembar-gemburkan suasana politik yang tidak sihat.Beliau menegaskan bahawa kerajaan BN yang memerintah sekarang ini merupakan Kerajaan yang kukuh dan stabil.Kerjasama dari Parti-parti komponon BN pada masa kini mempunyi satu kerjasama yang padu dan sentiasa mengamalkan semangat setia kawan yang begitu erat dalam melaksanakan pentadbiran negara dan melaksanakan program pembangunan Negara.

Kedua-duan YB ini menjelaskan kepada penduduk di sekitar kampung ini,bahawa usaha-usaha pelaksanaan pembangunan terutama jalan raya utama mahupun jalan-jalan kecil di sekitar kampung ini telahpun diutarakan kepada JKR dan Kerajaan Perseketuan.Proses kelulusan dan perlaksanaannya akan terus dipantau dari setiap masa ke semasa.Kedua-dua YB ini juga mengharapkan para penduduk supaya bersabar dan terus memberi sokongan yang padu kepada Kerajaan BN.
Dicatat oleh Pejabat Perhubungan Parlimen di 6:12 AM
KENAPA AKU DIUJI???
aSSaLAMualAiKUm wbT~

KENAPA AKU DIUJI

QURAN MENJAWAB :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAMKAN

QURAN MENJAWAB :
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB :
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

KENAPA RASA FRUSTASI?

QURAN MENJAWAB :
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
(Surah Al-Imran ayat 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB :
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(Surah Al-Baqarah ayat : 45)

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB :
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... "
(Surah At-Taubah ayat : 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah ayat 129)

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB :
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
(Surah Yusuf ayat 12)

rEnuNGkan LAh BerSAma Di blog UmI

PERCAKAPAN DARI “4 BATANG LILIN”



Ada 4 lilin yang menyala,
Sedikit demi sedikit habis meleleh.
Suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka
Yang pertama berkata: “Aku adalah Damai. Namun manusia tak mampu menjagaku: maka lebih baik aku mematikan diriku saja!”
Demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin padam.

Yang kedua berkata: “Aku adalah Iman. Sayang aku tak berguna lagi. Manusia tak mau mengenalku, untuk itulah tak ada gunanya aku tetap menyala.”
Begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya.

Dengan sedih giliran Lilin ketiga bicara:”Aku adalah Cinta. Tak mampu lagi aku untuk tetap menyala. Manusia tidak lagi memandang dan mengganggapku berguna.”
“Mereka saling membenci, bahkan membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarganya.”
Tanpa menunggu waktu lama, maka matilah Lilin ketiga.

Tanpa terduga…
Seorang anak saat itu masuk ke dalam kamar, dan melihat ketiga Lilin telah padam.
Karena takut akan kegelapan itu, ia berkata: “Ekh apa yang terjadi?? Kalian harus tetap menyala, Aku takut akan kegelapan!”
Lalu ia mengangis tersedu-sedu.

Lalu dengan terharu Lilin keempat berkata:
“Jangan takut,
Janganlah menangis,
selama aku masih ada dan menyala, kita tetap dapat selalu menyalakan ketiga Lilin lainnya”
” Akulah H A R A P A N “
Dengan mata bersinar, sang anak mengambil Lilin Harapan, lalu menyalakan kembali ketiga lilin lainnya.
Apa yang tidak pernah mati hanyalah H A R A P A N.
yang ada dalam hati kita….dan masing-masing kita semoga dapat menjadi alat, seperti sang anak tersebut, yang dalam situasi apapun mampu menghidupkan kembali Iman, Damai, Cinta dengan HARAPAN-nya!